ST DIGITAL SOLUTIONS MALAYSIA SDN. BHD.(“ST Digital”,“Syarikat”, “kami” atau “kita”) menghargai kepentingan melindungi data peribadi anda.
Dokumen ini mengandungi polisi perlindungan data peribadi dan privasi yang digunapakai oleh ST Digital untuk menguruskan data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (seperti yang digubal dari semasa ke semasa) dan/atau undang-undang, peraturan atau garis panduan lain-lain yang terpakai di Malaysia (secara kolektif, “Akta” atau “PDPA”). Sila luangkan sedikit masa untuk membaca polisi ini untuk memahami tujuan kami mengumpul, menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda. Istilah "data peribadi" yang kami gunakan di sini mempunyai makna yang sama seperti yang ditakrifkan dalam PDPA.
1.1.ST Digital menghormati privasi individu dan mengiktiraf keperluan untuk menangani data peribadi dengan cara yang sesuai dan mengikut undang-undang dan komited untuk mematuhi kewajipannya dalam hal ini berkenaan dengan semua data peribadi yang dikendalikannya.
1.2.ST Digital boleh mengubah beberapa bahagian atau semua kandungan polisi ini dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa polisi ini selaras dengan keperluan undang-undang dan pengawalseliaan, serta peraturan dan dokumen perlembagaan ST Digital. Oleh itu, kami menasihati anda untuk memeriksa secara berkala maklumat terkini mengenai pengendalian data peribadi anda.
1.3.Jika anda menganggap bahawa polisi ini tidak mengikuti PDPA, berkenaan dengan data peribadi anda atau orang lain, anda harus membangkitkan perkara itu kepada Pengarah kami secepat mungkin.
2.1.Secara umum, kami mengumpul data peribadi anda dalam beberapa cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
2.1.1.Apabila anda menghubungi kami untuk perkhidmatan atau pertanyaan, melalui cara komunikasi yang anda pilih;
2.1.2.Apabila anda meminta kami untuk menghubungi anda;
2.1.3.Apabila anda menyerahkan data peribadi anda kepada kami untuk tujuan pekerjaan.
2.2. Data peribadi yang dikumpulkan oleh ST Digital mungkin mengandungi beberapa atau semua maklumat peribadi berikut:
2.2.1.Nama;
2.2.2.Kewarganegaraan, nombor Kad Pengenalan (KP) dan / atau nombor pasport;
2.2.3.Status perkahwinan;
2.2.4.Tarikh lahir;
2.2.5.Jantina;
2.2.6.Maklumat hubungan seperti alamat e-mel dan nombor telefon;
2.2.7.Maklumat demografi seperti alamat, poskod, keutamaan dan minat;
2.2.8.Cap ibu jari;
2.2.9.Tandatangan; dan
2.2.10.Gambar, rakaman audio / video dan imej digital.
2.3.Secara am, ST Digital mengumpul, menggunakan dan / atau mendedahkan data peribadi anda untuk tujuan berikut:
2.3.1.Mempertimbangkan dan memproses cadangan atau permohonan anda untuk perkhidmatan kami;
2.3.2.Memberikan perkhidmatan kami kepada anda;
2.3.3.Menjawab pertanyaan dan permintaan anda;
2.3.4.Menyelesaikan aduan, dan mengendalikan permintaan dan pertanyaan;
2.3.5.Bagi tujuan komunikasi dan pemasaran;
2.3.6.Penyimpanan rekod dalaman;
2.3.7.Tujuan berkaitan pekerjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada gaji, cukai pendapatan peribadi, pas kerja dan kediaman);
2.4.Data peribadi anda akan disimpan oleh ST Digital selama yang diperlukan mengikut polisi dalaman kami untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 2.3 atau seperti yang dikehendaki untuk memenuhi sebarang tujuan undang-undang atau perniagaan.
2.5.ST Digital akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda daripada pengumpulan, penggunaan dan / atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang atau peraturan yang terpakai, data peribadi anda boleh dikumpulkan, digunakan dan/atau didedahkan untuk sebarang tujuan yang disenaraikan dalam Klausa 2.3 (jika berkenaan), kepada:
2.5.1.kakitangan ST Digital;
2.5.2.penyelidik, ejen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan kepada ST Digital;
2.5.3.penasihat profesional kami seperti juruaudit dan peguam;
2.5.4.pengawal selia kerajaan, lembaga atau pihak berkuasa berkanun yang berkaitan, atau agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mematuhi mana-mana undang-undang, kaedah-kaedah, garis panduan, peraturan-peraturan atau skim yang dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan;
2.5.5.Mana-mana pihak lain yang anda beri kuasa kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda.
2.6.Sebagai tambahan kepada Klausa 2.5, ST Digital akan memindahkan data peribadi anda kepada entiti-entiti di luar Malaysia (seperti negara Jepun dan entiti kumpulan luar negara yang lain), untuk sebarang tujuan yang disenaraikan dalam Klausa 2.3.
2.7.Dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik, ST Digital boleh melantik perantara data untuk memproses dan mengendalikan data peribadi bagi pihak kami. Dalam kes ini, kami hanya akan bekerjasama dengan firma pengurusan data peribadi yang diiktiraf dan akan membuat kontrak dengan perantara data ini untuk memasukkan terdapatnya peruntukan yang jelas bagi menyatakan tanggungjawab dan kewajipan perantara data untuk memastikan pematuhan Akta.
2.8Sebarang data peribadi yang telah dikumpulkan hanya akan digunakan dalam skop yang diperlukan untuk mencapai tujuan penggunaan seperti yang dijelaskan pada Klausa 2.3. Sekiranya berlaku kejadian yang luar biasa dan tidak dijangka, kami akan mendapatkan kebenaran anda terlebih dahulu, melainkan untuk salah satu situasi berikut:
2.8.1pencegahan atau pengesanan jenayah atau sebarang ancaman kepada nyawa atau kesihatan;
2.8.2penangkapan atau pendakwaan pesalah undang-undang;
2.8.3penilaian atau taksiran cukai atau apa-apa bayaran lain yang serupa;
2.8.4berdasarkan garis panduan atau arahan lain yang dikeluarkan oleh kementerian, pihak berkuasa atau badan kerajaan yang berkaitan;
2.8.5untuk mematuhi apa-apa keperluan undang-undang yang terpakai kepada atau dikenakan ke atas kami;
2.8.6untuk melindungi kepentingan penting anda;
2.8.7untuk pentadbiran keadilan;
2.8.8bagi menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah mana-mana undang-undang.
2.9Sila ambil perhatian bahawa dengan memberikan persetujuan anda di bawah polisi ini seperti yang ditetapkan di bawah Klausa 3 di sini, anda juga memberikan persetujuan tanpa syarat dan sukarela anda untuk kami memproses data peribadi sensitif anda berdasarkan perkara yang sama. Sekiranya persetujuan tersebut tidak diberikan atau kemudiannya ditarik balik, sila ambil perhatian bahawa kami berhak memproses data peribadi sensitif tersebut untuk keadaan berikut tanpa perlu mendapatkan persetujuan anda:
2.9.1untuk pelaksanaan atau tuntutan hak atau kewajipan di bawah undang-undang terhadap individu dalam hal pekerjaan;
2.9.2untuk melindungi kepentingan individu atau orang lain, di mana kebenaran tidak boleh diberikan oleh individu atau wakilnya atau mustahil bagi kami untuk mendapatkan kebenaran dengan cara yang normal dan munasabah;
2.9.3untuk melindungi kepentingan individu atau orang lain, di mana kebenaran oleh individu atau wakilnya sengaja tidak diberikan;
2.9.4untuk tujuan perubatan - di bawah jagaan/seliaan seorang profesional dalam bidang penjagaan kesihatan atau seseorang yang mempunyai tanggungjawab kerahsiaan yang sama dengan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan;
2.9.5untuk apa-apa tindakan undang-undang yang berkaitan dan untuk mendapatkan nasihat undang-undang;
2.9.6untuk mencipta, membawa atau mempertahankan hak-hak di bawah undang-undang dan untuk mentadbir sistem keadilan undang-undang;
2.9.7untuk menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada seseorang oleh atau di bawah undang-undang;
2.9.8tujuan lain yang yang dikira bersesuaian oleh kementerian yang berkaitan;
2.9.9maklumat yang terkandung dalam data peribadi telah diketahui umum sebagai hasil daripada tindakan individu dan dalam keadaan sedemikian, kami tidak perlu untuk mendapatkan kebenaran individu berkenaan berkenaan data peribadi tersebut.
3.1.Dengan menyerahkan data peribadi anda kepada ST Digital, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan data peribadi anda oleh ST Digital untuk sebahagian atau semua tujuan yang seperti dinyatakan dalam Klausa 2.3.
3.2.Jika pada bila-bila masa kami memutuskan untuk mengumpul, menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda dengan cara yang berbeza daripada tujuan yang dinyatakan di atas, kami akan meminta persetujuan anda untuk tujuan tambahan tersebut secara bertulis, di mana anda boleh menolak untuk memberi mengikut budi bicara anda.
3.3.Jika anda memberikan kami data peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga (sebagai contoh maklumat pasangan, anak-anak, ibu bapa atau saudara-mara anda), kami anggap bahawa anda telah mendapatkan persetujuan pihak ketiga tersebut untuk menyerahkan data peribadi mereka kepada kami bagi tujuan yang berkaitan.
3.4.Anda boleh pada bila-bila masa menarik balik atau mengehadkan apa-apa persetujuan yang diberikan berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan atau pendedahan data peribadi anda dengan memberi notis terlebih dahulu dalam bentuk permintaan bertulis rasmi yang ditujukan kepada Pengarah ST Digital.
3.5.Sekiranya anda menarik balik atau mengehadkan persetujuan anda kepada ST Digital berhubung dengan tujuan yang dinyatakan di atas, ST Digital akan berhenti mengumpul, menggunakan dan / atau mendedahkan data peribadi anda setelah menerima permintaan pembatalan atau pengehadan anda dalam tempoh masa yang munasabah. Sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja persetujuan ditarik balik atau diterhadkan, kami mungkin tidak dapat mencapai tujuan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 2.3. Oleh itu, kami mungkin tidak dapat terus menyediakan perkhidmatan yang diperlukan kepada anda.
ST Digital akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda daripada akses atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan, pengumpulan, penggunaan atau pendedahan yang tidak betul, pemusnahan yang menyalahi undang-undang atau kehilangan yang tidak disengajakan. Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa tiada kaedah penghantaran melalui internet atau storan elektronik adalah 100% selamat. Walaupun keselamatan tersebut tidak dapat dijamin, kami akan berusaha untuk melindungi keselamatan data peribadi dan akan sentiasa mengkaji dan meningkatkan langkah-langkah keselamatan maklumat kami. Sekiranya kami mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa kejadian pelanggaran data peribadi telah berlaku, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah dan pantas seperti diperuntukkan Akta.
5.1.Anda boleh memohon salinan data peribadi anda yang disimpan oleh ST Digital, atau meminta data peribadi anda dikemas kini atau diperbetulkan, dengan menghantar permintaan bertulis rasmi kepada Pengarah kami. Harap maklum bahawa kami berhak mengenakan bayaran untuk mendapatkan semula kos yang berkaitan dengan permintaan akses data peribadi anda bagi masa dan usaha yang telah kami luangkan untuk membalas permintaan anda, dan kami akan memberitahu anda kos atau jumlah tersebut.
5.2.Dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas menerima permintaan anda, kami akan:
5.2.1.memberikan anda salinan data peribadi anda yang kami simpan dan / atau maklumat lain yang berkaitan mengikut pematuhan Akta;
5.2.2.membetulkan data peribadi anda secepat mungkin dan memaklumkan anda bahawa pembetulan yang berkaitan telah dibuat;
5.2.3.memaklumkan kepada anda bahawa permintaan anda untuk akses atau pembetulan data peribadi anda ditolak, jika permintaan itu dibuat dalam keadaan di mana akses atau pembetulan tersebut dilarang atau tidak diperlukan mengikut peruntukan Akta.
5.3.Anda harus memastikan bahawa semua data peribadi yang diberikan kepada kami adalah lengkap dan tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kami tidak dapat memberikan maklumat atau perkhidmatan yang anda minta. ST Digital akan mengambil usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi yang dikumpulkan oleh atau bagi pihak ST Digital adalah tepat.
5.4.Anda juga boleh meminta data peribadi anda dipindahkan kepada orang lain (kemudahalihan data).
Data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda boleh dipindahkan ke pelbagai destinasi di luar Malaysia untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 2.3. ST Digital akan memastikan bahawa sebarang pemindahan data peribadi anda ke kawasan di luar Malaysia akan mengikut PDPA untuk memastikan standard perlindungan data peribadi yang dipindahkan adalah setara dengan perlindungan di bawah PDPA.
Harap maklum bahawa entiti asing ini mungkin ditubuhkan di negara-negara yang mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang setara dengan undang-undang di Malaysia. Anda dengan ini dengan jelas memberi kami kebenaran untuk memindahkan dan menyimpan data peribadi anda ke mana-mana tempat di luar Malaysia. Walau bagaimanapun, kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa semua pihak ketiga di luar Malaysia tidak akan menggunakan atau memproses data peribadi anda selain daripada tujuan yang dimaksudkan, mematuhi polisi ini dan menitik beratkan kerahsiaan dan privasi data peribadi anda sewajarnya.
Untuk menguruskan data peribadi dengan sewajarnya, ST Digital akan terus berusaha untuk meningkatkan pembangunan sistem pengurusan data dan peraturan-peraturan dalaman syarikat kami.
8.1ST Digital tidak meminta atau mengumpul data peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Jika ini dilakukan secara tidak sengaja, data peribadi tersebut akan dikeluarkan daripada rekod ST Digital dengan segera.
8.2Walau bagaimanapun, ST Digital boleh mengumpul dan memproses data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dengan syarat ibu bapa atau penjaga sah mereka telah memberikan persetujuan mereka terhadap pemprosesan data peribadi tersebut. ST Digital juga mungkin perlu mengumpul dan memproses data peribadi ibu bapa atau penjaga yang sah.
Selaras dengan Seksyen 7(3) PDPA, polisi ini dikeluarkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat perkara tidak konsisten di antara kedua-dua versi tersebut, polisi versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Sekiranya anda mempunyai aduan atau memerlukan maklumat mengenai cara kami menguruskan data peribadi anda, sila hubungi Pengarah kami melalui butiran berikut:
Via email | : | STSGRP-stdm-it@g.softbank.co.jp |
Via mail | : | ST DIGITAL SOLUTIONS MALAYSIA SDN BHD Level 10, Axiata Tower, 9, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470, Kuala Lumpur |